Posts

Cerita sang pemburu dan penghuni hutan belantara. (Cerpen Edward Solibi)

“Aku adalah pemburu dan aku mahu mendapatkan sesuatu dari kalian. Aku tidak akan pulang dengan tangan kosong.  Seluruh kaumku akan memperkecilkan aku sekiranya aku pulang dengan tangan kosong”. Kata sang pemburu yang memasuki hutan belantara itu. Belantara yang jauh dari pinggir kota, dipenuhi hutan tebal dan pepohonnya pula tinggi beratus meter memanjat awan. Pohon itu juga berdiri kukuh, dan usianya juga mungkin sudah ratusan tahun, dan belum pernah diterokai manusia. Ada yang berkata, banyak benda dan peristiwa ghaib atau pelik berlaku di dalam hutan belentara itu. Terdapat juga binatang buas yang kononnya mampu berkomunikasi dalam bahasa manusia. Binatang buas itu dikatakan mampu meniru bunyi dan suara manusia. Sebab itu tidak ada manusia yang berani memasuki hutan belantara itu. Unggas dan cangkerik yang hidup di dalamnya juga sebesar ibu jari dan mengeluarkan bunyi yang menyeramkan. “Kau tidak akan dapat mengambil dan merampas apa-apa dari tempat ini wahai manusia! Kerana ak...

KESEDARAN POLITIK DALAM KALANGAN ANAK MUDA DI SABAH

Siapakah yang dikatakan anak muda? Anak muda ialah satu istilah dalam Kamus Besar Indonesia yang membawa konotasi orang yang masih muda. Terdapat tiga maksud yang sinonim bagi diksi “anak”muda” dalam kamus ini iaitu pertama, anak yang ke enam dalam adik beradik, kedua orang yang masih muda dan ketiga pemuda.  Di Malaysia  “Anak Muda’ biasanya bermaksud golongan belia. Kamus Dewan mendefinisikan belia sebagai orang yang sudah akil baligh, dan belum tua, atau orang yang masih muda atau muda remaja, pemuda atau pemudi. Mereka juga disebut sebagai golongan yang secara keseluruhannya, sama ada lelaki mahupun wanita, atau belia, berada dalam lingkungan usia antara lapan belas tahun hingga empat puluh tahun. Menurut Wikipedia, belia ialah fasa di antara kanak-kanak dan dewasa. Istilah atau diksi “Belia” juga sering ditukar ganti antara istilah atau diksi “remaja” atau “Pemuda” tetapi semuanya membawa konotasi yang sama, iaitu merujuk “Golongan belia” meskipun sesekali membawa maksud ...